Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM beri tumpuan dalam memerangi isu rasuah, kelemahan tatakelola dan salah guna kuasa dalam sektor pembinaan di negara ini. 

Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah

ByBernama

MELAKA, 17 Julai : Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang masing-masing direman lima dan enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan berhubung pemberian wang suapan kepada pegawai bank di sebuah institusi kewangan di Melaka berjumlah kira-kira RM12,072.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan permohonan reman itu selepas mendapat permohonan daripada SPRM Melaka hari ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 41 hingga 43 tahun itu disyaki memberi suapan dalam membantu memberikan rujukan kes kepada firma guaman terlibat untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan berkenaan.

Mereka ditahan antara 11 pagi hingga 2 petang ketika hadir membantu siasatan di Pejabat SPRM Melaka semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan SPRM menahan 12 individu berkaitan kes berkenaan termasuk pengurus firma guaman, peguam dan pegawai bank institusi kewangan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan