Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel merampas lebih banyak tanah Palestin di barat Ramallah, di bahagian tengah Tebing Barat berhampiran penempatan haram sedia ada. Foto fail AFP

Tentera Israel rampas lebih banyak tanah Palestin di Tebing Barat

ByBernama

RAMALLAH, 17 Julai: Tentera Israel merampas lebih banyak tanah Palestin di barat Ramallah, di bahagian tengah Tebing Barat berhampiran penempatan haram sedia ada, lapor Agensi Andolu pada Selasa.

Tentera Israel merampas 441,000 meter persegi tanah daripada rakyat Palestin di kampung Shabtin, Deir Ammar dan Deir Qaddis di barat Ramallah, menurut Wall and Settlement Resistance Commission dalam satu kenyataan.

Tindakan tentera Israel itu bertujuan merampas semua kawasan di sekitar penempatan Israel Nili dan Naale yang dibina di atas wilayah Palestin, menurut kenyataan itu.

Pada Jun, rakaman audio Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich untuk mengukuhkan kawalan Israel dan mencegah Tebing Barat daripada menjadi sebahagian daripada negara Palestin bocor.

Walaupun menerima kritikan antarabangsa terhadap pembinaan penempatan haram di atas tanah Palestin, kerajaan Israel telah mengambil beberapa langkah sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk mempercepatkan aktiviti penempatan haram di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan