Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain tenis kerusi roda kebangsaan Mohammad Yusshazwan Yusuf akan membuat penampilan sulung pada temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris yang bakal membuka tirai pada 28 Ogos ini, Foto fail Bernama

Tenis kerusi roda: Yusshazwan sah ke Sukan Paralimpik Paris 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Pemain tenis kerusi roda kebangsaan Mohammad Yusshazwan Yusuf akan membuat penampilan sulung pada temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris yang bakal membuka tirai pada 28 Ogos ini,

Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia (WTM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Yusshazwan menerima slot itu melalui merit kerana menduduki ranking ke-30 dunia.

Hanya 32 pemain terbaik dalam ranking dunia Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) layak bertanding secara merit di Paris.

Presiden WTM Muhd ​​Iqbal Sulaiman berkata ini adalah kali kedua pemain negara layak ke Paralimpik selepas Abu Samah Borhan membuat penampilan sulung di Tokyo 2020.

“Abu Samah sedang menunggu permohonan bipartitnya (melalui Jemputan Suruhanjaya Bipartit) untuk diluluskan (untuk Paralimpik 2024),” katanya.

Abu Samah bergandingan dengan Yusszhawan untuk merangkul pingat perak beregu lelaki pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan