Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir pada MIDA Invest Series Sarawak, di Menara MIDA di sini hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Tenaga boleh baharu tarikan utama pelabur asing ke Sarawak – Awang Tengah

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Dasar dan hala tuju yang jelas berkaitan tenaga boleh baharu menjadi antara faktor utama pelabur-asing berminat untuk menjalankan aktiviti pelaburan dan perniagaan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, wilayah itu juga mewujudkan persekitaran yang dinamik kepada pemain industri dan pihak berkepentingan dalam penyelesaian tenaga mampan dan boleh diperbaharui.

Jelasnya, Sarawak menyediakan persekitaran mesra perniagaan terutama kepada pelabur yang ingin menubuhkan dan mengembangkan perniagaan di Bumi Kenyalang.

“Sarawak bersedia untuk menerajui ekonomi hidrogen yang sedang pesat membangun.

“Ekonomi baharu ini menawarkan peluang pelaburan seperti pembangunan elektroliser dan sel bahan api, selain mencipta penyelesaian penyimpanan (karbon) mampan dan rangkaian pengangkutan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis MIDA Invest Series Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tambahnya, Sarawak adalah yang pertama di rantau ini yang meluluskan dasar dan undang-undang yang membolehkan industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta aktiviti berkaitan karbon dijalankan di Sarawak.

“Sarawak merupakan pemain utama industri CCUS di Asia Tenggara. CCUS ialah pemboleh bagi pengeluaran hidrogen karbon rendah kos rendah yang menyokong usaha penyahkarbonan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan