Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Sorok motosikal curi tepi sungai, remaja lelaki berusia 13 tahun diberkas

BAU, 17 Julai: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun diberkas kerana dipercayai mencuri sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Kampung Barieng di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Jawai Francis Kempas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada seorang lelaki yang mengatakan motosikal yang di parkir di hadapan rumah hilang pada jam 1 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 12 tengah hari semalam, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas remaja terbabit.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, pihak polis telah merampas motosikal beserta anak kunci yang disembunyikan di tepi sungai Kampung Barieng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan mendapati bahawa motosikal tersebut adalah motosikal yang baharu dilaporkan hilang.

“Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau telah disiasat mengikut Seksyen 379 a Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan