Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok (kiri) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Datuk Mohd Arif (kanan) menyempurnakan perasmian Program Klik-Klik Senang Akaun. Foto: SME Corp. Malaysia

Program Klik-Klik Senang Akaun tingkat kecekapan pengurusan kewangan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Julai: Program Klik-Klik Senang Akaun di bawah Program Micro Connector memfokuskan kepada pengurusan kewangan yang cekap serta mendigitalkan proses perakaunan.

Anjuran SME Corp. Malaysia, Program Micro Connector merupakan salah satu inisiatif utama dalam meningkatkan keupayaan perniagaan perusahaan mikro menerusi kemahiran kompetitif dan sokongan teknikal.

Menerusi satu kenyataan semalam SME Corp. Malaysia berkata Program Klik-Klik Senang Akaun dilaksanakan rakan pelaksana yang dilantik iaitu Gold-Cheers Holding (M) Sdn Bhd serta mendapat sokongan daripada Persatuan Usahawan Digital IKS Daerah Tuaran (PERDIKS).

Program yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Sabah itu dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Datuk Mohd Arif dan Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok dan dihadiri seramai 80 usahawan di kalangan perusahaan mikro.

Bernard dalam ucapannya mengingatkan para peserta mengenai kepentingan menguruskan aliran tunai dan kewangan yang berkesan bagi pemilik perusahaan mikro dan katanya, pengurusan kewangan yang baik dapat membantu syarikat mengelakkan masalah seperti pembayaran gaji pekerja, sewa kedai, pinjaman perniagaan dan pembayaran kepada pembekal.

“Pengurusan kewangan yang sistematik juga membolehkan perusahaan mikro membuat perancangan perniagaan dengan lebih berkesan dan memastikan dana mencukupi untuk menghadapi kecemasan atau perbelanjaan yang tidak dijangka,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy mendedahkan SME Corp. Malaysia telah melantik sembilan rakan pelaksana bagi Program Micro Connector bagi tahun ini.

Jelasnya antara bidang tumpuan yang ditawarkan adalah pengurusan kewangan dan aplikasi perakaunan, pendigitalan perniagaan termasuk pemasaran digital serta gaya hidup dan kesihatan.

“Pada tahun ini sahaja, Program Micro Connector telah meluluskan sejumlah RM3.08 juta bagi membantu 800 perusahaan mikro,” ujarnya.

Untuk rekod, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12, seramai 9,144 peserta perusahaan mikro dan usahawan dari komuniti inklusif telah menyertai Program Micro Connector bertujuan meningkatkan kecekapan perniagaan dan penjanaan pendapatan yang lebih baik dengan jumlah dana sebanyak RM14.7 juta.

Bagi negeri Sabah sahaja, program tersebut telah memanfaatkan 865 peserta perusahaan mikro dengan jumlah bantuan geran sebanyak RM812,416 dalam tempoh sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan