Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapang Sasar Memanah Nilai, Negeri Sembilan kini menjadi pentas latihan pasukan memanah Sarawak dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21, 17 hingga 24 Ogos ini. Foto hiasan Envato

Pemanah Sarawak berkampung di Nilai, siap sedia hadapi SUKMA 2024

ByBernama

KUCHING, 17 Julai: Lapang Sasar Memanah Nilai, Negeri Sembilan kini menjadi pentas latihan pasukan memanah Sarawak dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21, 17 hingga 24 Ogos ini.

Jurulatih pasukan Jaffery Low Wei Loon berkata persiapan pasukannya berjalan lancar, meskipun masih ada beberapa aspek perlu diperbaiki.

Wei Loon turut yakin dengan kemampuan atlet dalam mengekalkan dan memperbaiki catatan peribadi terbaik mereka.

“Harap semua dapat kekalkan serta pertingkat rekod terbaik mereka, saya yakin mereka mampu memperoleh pingat, apa yang ada masa sekarang sudah cukup bagus, ” katanya kepada Bernama.

Acara memanah akan berlangsung di Lapang Sasar Memanah Petra Jaya, Kuching, selama enam hari bermula 18 hingga 23 Ogos.

SUKMA 2024 mengetengahkan 37 jenis sukan melibatkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sarawak pernah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan