SRI AMAN, 17 Julai: Pasukan S3 Raiders menjuarai Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Lelaki Piala Temenggong Kueh Aik Seng 2024 selepas menewaskan pasukan Golden Cafe pada perlawanan akhir yang berlangsung di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di sini, malam tadi.
Tempat ketiga kejohanan dimenangi pasukan Engkilili yang menewaskan pasukan Lik Seng dalam penentuan tempat ketiga.
Johan pertandingan membawa balik hadiah wang tunai RM1,500 dan piala, tempat kedua RM1,000 beserta piala, tempat ketiga RM500 beserta piala dan tempat keempat RM200 beserta piala.
Hadiah kepada pemenang pertandingan disampaikan oleh Temenggong Kueh Aik Seng bersama tetamu khas yang lain pada majlis penangguhan kejohanan bola keranjang berkenaan.
Kejohanan itu menyingkap tirainya pada 6 Julai lalu dengan sembilan pasukan mengambil bahagian dalam acara itu.
Selain pasukan dari Bahagian Sri Aman turut mengambil bahagian ialah pasukan dari Sibu dan Kuching dengan pusingan separuh akhir bermula pada 13 Julai manakala pusingan akhir diadakan malam tadi.- TVS