Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk New York terpukau dengan pemandangan luar biasa apabila ‘bebola api’ melintasi langit bandar itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto hiasan Envato

Meteor lintasi New York, penduduk terpukau bebola api di langit

ByBernama

NEW YORK, 17 Julai: Penduduk New York terpukau dengan pemandangan luar biasa apabila ‘bebola api’ melintasi langit bandar itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) mengesahkan fenomena ini sebagai meteor dalam satu pengumuman di Facebook pada awal pagi Rabu.

Meteor itu menyebabkan jejak cahaya terang ketika serpihan dari angkasa memasuki atmosfera Bumi.

Saksi mendakwa jaluran cahaya terang mula kelihatan di bandar New York pada pagi Selasa sebelum menghala ke arah barat dengan kelajuan sekitar 61,000 kilometer sejam menuju New Jersey.

Fenomena ini turut disertai dengan bunyi seperti guruh dan gegaran seperti gempa bumi, lapor media tempatan memetik kenyataan saksi.

Bagaimanapun, NASA menegaskan bunyi-bunyi ini mungkin disebabkan aktiviti ketenteraan di kawasan itu.

NASA menjelaskan bahawa serpihan batu yang menyebabkan cahaya terang di New York itu berdiameter sekitar 30 sentimeter.

Partikel kosmik seperti ini biasanya terbakar sepenuhnya sebelum mencecah tanah, menjadikannya tidak berbahaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan