Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menggesa gencatan senjata serta-merta dan pembukaan semula sempadan Rafah untuk bantuan kemanusiaan di Gaza. Foto fail: AFP

MAHAR gesa gencatan senjata serta-merta, buka semula sempadan Rafah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai : Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menggesa gencatan senjata serta-merta dan pembukaan semula sempadan Rafah untuk bantuan kemanusiaan di Gaza.

Penasihat Kehormat MAHAR Nurul Izzah Anwar berkata jurnal The Lancet melaporkan sehingga Jun lepas, kira-kira 138,000 rakyat Palestin telah terbunuh.

“Serangan terbaru ke atas Sekolah Al-Awda di Abasan telah meragut berpuluh-puluh nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.

“Beberapa hari selepas pembunuhan beramai-ramai itu, rejim Israel kembali menyerang kem-kem pelarian lain iaitu kem Mawasi di Khan Younis dan kem Shati di Bandar Gaza.

“Pembunuhan kejam orang awam, terutamanya kanak-kanak, adalah satu tindakan yang melangkaui semua sempadan kemanusiaan.

“Israel secara terang-terangan menggunakan kelaparan dan pemindahan secara paksa sebagai senjata perang – melanggar semua bentuk asas kemanusiaan terhadap orang awam di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menekankan mengenai keadaan yang teruk di Gaza dengan 90 peratus bangunan telah musnah dan penutupan laluan bantuan kemanusiaan Rafah telah menyebabkan penduduk Gaza menghadapi kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang sangat getir.

“Penyebaran penyakit berjangkit memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah teruk,” tambah beliau.

Nurul Izzah menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak-hak yang sama dan penubuhan sebuah negara berdaulat, disokong oleh 145 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau berkata gencatan senjata adalah penyelesaian bagi Israel dan ia mesti serta-merta menamatkan pembunuhan penduduk Gaza yang tidak bersalah. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan