Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bung Moktar (kiri) mengajukan soalan tambahan kepada Rafizi (kanan) pada sesi Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Bung Moktar tidak setuju jawapan Rafizi mengenai jumlah miskin tegar di Sabah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak bersetuju bilangan miskin tegar di Sabah hanya sebanyak 6,937 isi rumah seperti yang didedahkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau yang Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, ukuran yang digunakan tidak tepat memandangkan Sabah memiliki penduduk mencecah 3.9 juta orang.

Sebagai contoh kata Bung Moktar, dua daerah di Sabah yang dikategorikan sebagai antara termiskin iaitu Tongod dan Kinabatangan memiliki keluasan kawasan hampir menyamai Pahang.

“Saya rasa Yang Berhormat ada tersilap mentafsir dan saya rela bawa Yang Berhormat (selama) dua tiga hari, kita tour di kawasan miskin tegar, biar nampak gambaran sebenar macam mana corak kemiskinan, air tidak ada, jalan tidak ada.

“Jadi cuma (lebih) 6,000 itu penghinaan kepada orang miskin di Sabah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Rafizi menjawab soalan asalnya berkenaan langkah-langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutama lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia.

Menjawab persoalan itu, Rafizi berkata, kaedah yang digunakan itu merupakan piawaian antarabangsa dan Malaysia terikat kepada perkara itu.

Jelas beliau, pelaporan kemiskinan rasmi negara adalah berdasarkan kaedah tinjaun yang dibuat setiap dua tahun untuk mendapatkan maklumat mengenai pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas.

“Kaedah (ialah dengan) lihat (jumlah) minima yang diperlukan untuk penuhi kehendak kalori makanan dan keperluan asas, jadi  yang bezakan garis kemiskinan tegar RM1,218 di Sabah ialah keperluan belanja untuk beli makanan untuk satu isi rumah.

“Bila disebut 6,937 tadi, ia berdasarkan survey setiap dua tahun, sebab itu kita sedia maklum usaha basmi kemiskinan memerlukanpangkalan data seperti PADU mengukur setiap isi rumah dan proses telah sedang berjalan,” katanya.

Terdahulu Rafizi memaklumkan, kayu ukur RM1,198 digunakan di peringklat nasional untuk menentukan kadar miskin tegar.

“(Namun) di Sabah berbeza iaitu di bandar RM1,180 dan di luar bandar ialah RM1,275 jadi puratanya ialah RM1,218,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 38 peratus daripada keseluruhan 18,445 isi rumah miskin tegar direkodkan di Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan