Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan itu. Foto fail media sosial

Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri

ByBernama

GUA MUSANG, 16 Julai: Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.

Tunang mangsa Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Alhamdulillah selepas kira-kira lima hari ditidurkan, Siti Norelyana mula sedar semalam. Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Amnan berkata setakat ini dia tidak dimaklumkan mengenai rawatan selanjutnya yang akan dijalankan ke atas tunangnya itu.

Sebelum ini, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan berpunca daripada ‘turn-table’ lori balak itu patah ketika mengambil selekoh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan