Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim ditemui pada sidang media di Eden Garden Cafe, di sini, malam tadi. Foto TVS

SUKMA Sarawak: PMNS mahu menangi sekurangnya dua pingat emas

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Julai: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) bertekad mahu mempertahankan sekurang-kurangnya dua pingat emas yang pernah dimenangi pada edisi sebelum ini dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kuala Lumpur yang melibatkan acara sukan tersebut.

Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim berkata, pihaknya akan memberikan yang terbaik dalam usaha untuk mengharumkan nama Sarawak yang menjadi tuan rumah pada edisi SUKMA 2024 kali ini, sekali gus menyahut cabaran kerajaan negeri dan berusaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Insya-Allah, kita berusaha untuk mempertahankan status kita di mana pada SUKMA yang lalu, kita memperoleh dua emas selain turut mendapat pingat perak dan gangsa.

“Atas usaha 15 tahun yang lepas, segalanya membuahkan hasil dan nampak secara jelas, kita juga sedia maklum anak-anak Muay Thai Sarawak sentiasa menempa nama bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi juga sebagai wakil Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Jadi, seperti yang saya katakan tadi, jika dapat lebih (pingat emas), Alhamdulillah, tetapi kalau dapat kurang (diharap) jangan,” katanya dalam satu sesi sidang media, di sini, malam tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan PMNS menjelang SUKMA Sarawak pada Ogos depan, Jumaat berkata, pihaknya sentiasa memperhebat persiapan atlet Muay Thai dengan menghantar petinjunya untuk mendapatkan latihan bukan sahaja di dalam negeri, tetapi juga di luar negara.

“Kami berharap dengan pendedahan latihan dari dalam atau luar negara itu nanti, mereka (petinju) akan menjadi lebih mantap dan bersiap siaga untuk mempertahankan nama Sarawak.

“Selain itu, usaha tersebut juga bertujuan untuk mengangkat martabat sukan Muay Thai agar kita dapat mencapai status negeri sukan yang berkuasa (Sport Power House) dalam Malaysia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan