Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mempamerkan pingat SUKMA pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Induk SUKMA 2024 Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA 2024: Acara sepak takraw wanita diputuskan Khamis ini – Abdul Karim

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 16 Julai: Status acara sepak takraw beregu wanita di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak yang belum mencapai syarat penyertaan minimum enam negeri akan diputuskan dalam Mesyuarat SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis, 18 Julai ini.

Menteri Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan senarai negeri yang telah menghantar kontingen adalah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah, dan Sarawak.

“Setakat ini, hanya lima negeri telah mendaftar. Jika ada satu lagi negeri yang turut serta, acara ini boleh diteruskan mengikut syarat minimum enam negeri.

“Setelah pendaftaran ditutup, kebanyakan acara sukan mempunyai lebih daripada enam penyertaan, kecuali sepak takraw wanita beregu yang hanya melibatkan lima negeri.

“Sehingga kini, terdapat 487 acara sukan dalam SUKMA, dan jika sepak takraw wanita diteruskan, jumlahnya akan menjadi 488.

“Kita perlu menunggu keputusan mesyuarat untuk melihat sama ada permohonan ini dipertimbangkan. Saya faham atlet dari Semenanjung telah membeli tiket dan membuat persiapan, jadi jika acara ini dibatalkan, pasti mereka akan kecewa,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap agar mesyuarat akan mempertimbangkan penyertaan lima negeri ini, namun beliau juga akur dengan apa sahaja keputusan yang dibuat nanti.

Abdul Karim berkata demikian sewaktu sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Induk SUKMA 2024 Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

Berhubung tiket SUKMA 2024 Sarawak, beliau mendedahkan bahawa tiket hanya akan dijual bermula 5 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan