Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepasang suami isteri direman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana disyaki terlibat dalam mendapatkan kerja-kerja pembekalan bernilai lebih RM200,000. Foto Bernama

Suami isteri direman disyaki terlibat salah guna kuasa dapatkan projek RM200,000

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 16 Julai: Sepasang suami isteri direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Ahad depan terhadap suami isteri berumur 30-an itu, dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan kakitangan di sebuah agensi perbadanan awam di negeri ini dipercayai telah menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga milik syarikat isterinya bagi membolehkan syarikat itu mendapat kerja-kerja pembekalan di tempat kerjanya yang bernilai kira-kira RM200,000.

Susulan itu, lelaki berkenaan telah ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, manakala isterinya ditahan satu jam kemudian di kediaman mereka.

Siasatan awal mendapati pasangan itu melakukan perbuatan terbabit sekitar 2022 hingga 2023 melibatkan beberapa kerja pembekalan yang berbeza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan