Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lukanisman Awang Sauni pada Majlis Perasmian Meet And Greet Kembara Sihat Sejahtera Health Promotion in Learning Institutions di Miri, hari ini. Foto TVS

Guru ikon kesihatan pelajar

MIRI, 16 Julai: Para guru bukan sahaja perlu memberi pendidikan kesihatan kepada para pelajar malah mereka juga diingatkan untuk sentiasa menjaga dan peka terhadap tahap kesihatan sendiri.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata ini kerana guru berperanan sebagai contoh ikon sihat kepada para pelajar bagi melahirkan pelajar yang sihat dan produktiviti.

“Dengan adanya guru sihat, sudah pasti kita dapat melahirkan pelajar yang sihat dan produktif.

“Saya berharap agar cikgu tidak tertekan dan menjaga kesihatan mental sendiri kerana sudah pasti untuk menjaga pelajar sekolah rendah bukanlah satu tugas mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Meet And Greet Kembara Sihat Sejahtera Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) bersama Didi And Friends Zon Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Datuk Muip di sini, hari ini.

Lukanisman turut menyeru pengurusan sekolah agar memberi peluang kepada Kelab Doktor Muda di sekolah untuk melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan kepada rakan sebaya dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat.

Katanya, insitusi pendidikan merupakan tempat yang diberi penekanan oleh Kementerian Kesihatan dalam penyampaian pengetahuan kesihatan melibatkan Program Tunas Doktor Muda di peringkat prasekolah, Kelab Doktor Muda di sekolah rendah dan menengah serta Program Siswa Sihat di institusi pendidikan tinggi.

Justeru, Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan animasi popular kanak-kanak iaitu Didi and Friends dengan membawa elemen didik hibur kepada kumpulan sasar iaitu kanak-kanak sekolah rendah dalam meningkatkan pengetahuan dan cara hidup sihat sebagai budaya harian.

Program tersebut dilaksanakan bermula November tahun lepas sehingga 2025 dengan Sarawak merupakan destinasi ketiga selepas Selangor dan Kedah dan SK Merbau dan SK Temenggong Datuk Muip antara lokasi terpilih di Zon Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan