Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibebaskan selepas tahanan reman mereka berakhir hari ini. Foto fail Bernama

Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Julai: Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibebaskan selepas tahanan reman mereka berakhir hari ini.

Menurut sumber, mereka diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang dengan RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.

“Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi  mengesahkan perkara itu.

Pada 10 Julai lepas, SPRM menahan kesemua individu itu ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Pasangan suami isteri itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan