Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CIQ Mengkalap, Trusan di Lawas merupakan antara laluan keluar masuk Malaysia dengan Brunei di Sarawak. Foto fail TVS.

Dewan Rakyat: Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan imigresen

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua – dua negara di sempadan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebelum ini rakyat berdepan kesukaran kerana terpaksa melalui sehingga lapan pos pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Mengkalap, Trusan di Lawas untuk ke negara jiran.

Jelas Mohamad, beliau akan ke Brunei pada minggu hadapan bagi mengadakan rundingan untuk mencapai kata sepakat berkenaan sempadan darat kedua-dua negara.

“Terdapat banyak checkpoint yang perlu dilalui (selain) perlu beratur panjang untuk keluar masuk dari Lawas, (Sarawak) ke Brunei.

“Minggu depan kementerian akan ke Brunei bagi mengadakan mesyuarat Exchange of Letters,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Henry Sum Agong (Gabungan Parti Sarawak -Lawas) berkaitan isu pelepasan imigresen di CIQ Mengkalap di sempadan Malaysia-Brunei.

Sementara itu, beliau memaklumkan kedua-dua negara kini dalam proses rundingan bagi memuktamadkan sebarang perjanjian melibatkan persempadanan darat.

Jelas beliau kedua-dua pihak dijangka dapat menyelesaikan isu persempadanan selewat-lewatnya 2034.

“Buat masa ini kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah berjaya dilaksana oleh kedua -dua negara meliputi jarak sepanjang 175.96 kilometer (km) atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak,” katanya.

Malaysia juga katanya akan terus berunding dengan Indonesia dan Brunei melalui mekanisme-mekanisme dua hala yang sedia ada bagi memuktamadkan persempadanan darat dan maritim.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan