Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Danielle Heinecke mendengar penerangan di Swinburne University of Technology di Kuching pada Selasa. Foto TVSĀ 

Australia mahu terus bekerjasama, bangunkan sektor pendidikan Sarawak

KUCHING, 16 Julai: Australia mahu meneruskan kerjasama dalam sektor pendidikan dengan Sarawak termasuk menjadi sebahagian daripada proses pembangunan di negeri ini.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Danielle Heinecke menzahirkan rasa bangganya dengan pencapaian dalam kerjasama pendidikan yang dicapai oleh kedua-dua negara ini dan berharap ia nya akan terus meningkat pada masa hadapan.

Menurutnya, Australia juga berminat untuk memahami hala tuju yang ingin dicapai oleh Sarawak dalam pelbagai aspek seperti tenaga dan ingin menjadi bahagian dalam kejayaan yang akan dicapai sama ada melalui penyelidikan atau pendidikan.

“Kami sangat gembira kerana ramai anak muda Australia yang datang ke rantau ini dan mengalami pengalaman indah tentang budaya di Malaysia jadi kami berharap kerjasama pendidikan ini akan terus berkembang maju dan kami berharap untuk menjadi sebahagian daripada masa depan Malaysia terutamanya di Sarawak.

ā€œSalah satu bahagian yang benar-benar ingin kami fahami dan lihat ialah arah mana Sarawak mahu pergi pada masa hadapan dan belajar tentang tenaga pada hari ini serta melihat tenaga yang diteroka dasar-dasar seperti pencemaran dan Australia sangat suka menjadi sebahagian daripada semua ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika Majlis Minum Petang bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia di Student Leisure Area Swinburne University of Technology di Kuching pada Selasa.

Tambahnya, perancangan strategik Kerajaan Sarawak dalam usaha memberikan pendidikan percuma kepada masyarakat di masa hadapan merupakan sesuatu yang amat memberangsangkan.

Ujarnya, pendidikan merupakan satu senjata rahsia yang penting kepada generasi yang mampu memberikan mereka kuasa yang berharga untuk mencapai sesuatu kemajuan dan kejayaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Ir Professor Lau Hieng Ho dalam majlis sama menzahirkan ucap terima kasih ke atas kehadiran (PYT) Danielle Heinecke beserta rombongan dan menyifatkan ia nya sebagai sesuatu yang amat bermakna bagi seluruh warga universiti.

Jelasnya, sokongan daripada Suruhanjaya Tinggi Australia selama ini bersama Sarawak Foundation Swinburne University of technology Sarawak membolehkan komitmen berterusan dapat dilaksanakan dalam menjadikan pendidikan tinggi Australia bertaraf dunia dapat diakses oleh masyarakat setempat.

Katanya lagi, Universiti Teknologi Swinburne Sarawak yang kini menghasilkan kira-kira 10,000 graduan daripada lebih 50 negara di seluruh dunia sejak penubuhan kami 24 tahun yang lalu.

“Sokongan daripada Suruhanjaya Tinggi Australia bersama Sarawak Foundation Swinburne University of technology Sarawak dapat meneruskan komitmen kami untuk menjadikan pendidikan tinggi Australia bertaraf dunia dapat diakses oleh masyarakat setempat.

ā€œSwinburne University of technology Sarawak kini telah menghasilkan kira-kira 10000 graduan daripada lebih 50 negara di seluruh dunia sejak penubuhan kami 24 tahun yang lalu,” jelasnya.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Danielle Heinecke bersama rombongan tiba di Kawasan Swinburne University of Technology sekitar jam 3:40 petang dan seterusnya beramah mesra bersama yang hadir.

Mereka seterusnya menghadiri Majlis Minum Petang sempena kehadiran Danielle sejurus itu Lau mengetuai rombongan bagi melawat ke kawasan bangunan baharu universiti berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan