Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 9,241 pelajar terbunuh dan 15,182 cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt tahun lepas. Foto fail AFP

9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt

ByBernama

GAZA, 16 Julai: Sekurang-kurangnya 9,241 pelajar terbunuh dan 15,182 cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt tahun lepas.

Agensi berita Palestin WAFA melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi berkata 9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.

Kementerian itu menyatakan bahawa sekitar 357 pelajar ditahan di Tebing Barat.

Kementerian itu juga menyatakan bahawa 497 guru dan pentadbir terbunuh dan 3,426 cedera di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

WAFA melaporkan kira-kira 353 sekolah kerajaan, universiti, bangunan universiti dan 65 milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNRWA) dibom dan dirosakkan di Semenanjung Gaza, menyebabkan 139 daripadanya mengalami kerosakan teruk dan 93 musnah sepenuhnya.

Di Tebing Barat, 69 sekolah dan lima universiti di Tebing Barat diserbu dan dirosakkan.

Ia menambah bahawa 133 sekolah kerajaan juga digunakan sebagai pusat perlindungan di Semenanjung Gaza.

Kementerian itu menegaskan bahawa 620,000 pelajar di Semenanjung Gaza masih tidak dapat mendaftar di sekolah mereka sejak permulaan pencerobohan dan 88,000 pelajar juga tidak dapat mendaftar di universiti mereka.

Pihak pendudukan itu juga menghalang 39,000 pelajar dari Semenanjung Gaza menduduki peperiksaan sekolah menengah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan