Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain-pemain Sepanyol meraikan kemenangan apabila muncul sebagai juara Euro 2024 dengan menundukkan England. Foto AFP

Sepanyol juara EURO 2024, tundukkan England 2-1

ByBernama

BERLIN, 15 Julai: Pemain gantian Mikel Oyarzabal muncul wira Sepanyol apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 untuk membantu pasukannya menewaskan England 2-1 dalam perlawanan akhir Euro 2024 di Stadium Olympia di sini pada Ahad.

Kemenangan itu memastikan Sepanyol meraih gelaran keempat mereka dalam kejohanan berkenaan sekali gus  meranapkan impian England untuk memenangi gelaran pertama mereka.

England bermain dengan berhati-hati pada separuh masa pertama manakala pasukan Sepanyol menguasai bola.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Luis de la Fuente  gagal menembusi pertahanan England dan terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Sepanyol akhirnya memecah kebuntuan hanya 69 saat separuh masa kedua bermula menerusi jaringan Nico Williams yang menyudahkan umpanan rakan sepasukan Lamine Yamal menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Namun, The Three Lions bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian Cole Palmer pada minit ke-73 yang melakukan percubaan dari jarak 21 meter selepas menerima umpanan Jude Bellingham.

Kebangkitan England bagaimanapun dinafikan Oyarzabal yang menyudahkan hantaran lintang daripada Marc Cucurella empat minit sebelum tamat perlawanan.

Selain muncul juara Euro buat kali keempat, Sepanyol adalah pasukan pertama yang memenangi semua tujuh perlawanan kejohanan, menewaskan Itali, Jerman, Perancis dan England sepanjang kempen kejohanan.

“Saya bangga dengan pasukan saya. Mereka telah memberikan segalanya, tetapi kami tidak cukup baik untuk menang hari ini. Sepanyol lebih baik sepanjang kejohanan dan layak memenangi kejuaraan,” kata jurulatih England, Southgate.

“…Ini adalah hari yang baik untuk kami. Pasukan saya layak memenangi Kejuaraan Eropah. Saya amat bangga, lebih bangga daripada beberapa hari lalu,” kata jurulatih Sepanyol, De la Fuente.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan