Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Rwanda keluar mengundi pada Isnin untuk memilih presiden dan Parlimen baharu. Foto AFP

Rakyat Rwanda keluar mengundi untuk pilih presiden, Parlimen baharu

ByBernama

KIGALI (Rwanda), 15 Julai: Rakyat Rwanda akan mengundi pada Isnin untuk memilih presiden dan Parlimen baharu dengan penyandang, Paul Kagame dijangka memenangi penggal keempat beliau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pusat pengundian dibuka dari 6 pagi hingga 6 petang (0400 hingga 1600 GMT).

Keputusan rasmi pilihan raya akan diumumkan pada 27 Julai dengan keputusan awal pertama dijangka pada Rabu.

Kagame dicabar dua calon tetapi beliau telah menerima lebih daripada 90 peratus undi dalam setiap pilihan raya sebelum ini.

Pada masa yang sama, seorang pencabar utamanya tidak dibenarkan bertanding sebagai calon.

Pertubuhan hak asasi manusia telah mengkritik penganiayaan terhadap tokoh pembangkang di negara Afrika Timur dengan populasi lebih 14 juta orang itu.

Parti Kagame, Rwandan Patriotic Front (RPF) juga dijangka muncul sebagai parti terkuat dalam pilihan raya Parlimen akan datang.

Terdapat 670 calon yang bersaing untuk merebut 80 kerusi di Parlimen. Satu keistimewaan ialah ahli Parlimen wanita membentuk majoriti dalam Parlimen.

Kagame telah menjadi presiden negara itu sejak 2000 tetapi secara praktikalnya beliau telah memimpin Rwanda sejak 1994. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan