KUALA LUMPUR, 15 Julai: Polis mengesahkan seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, mayat Nur Farah Kartini ditemukan pada pukul 6 petang tadi di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Wanita asal Sarawak dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan meninggal dunia
Jelas beliau pemeriksaan lanjut mengesahkan identiti mayat berkenaan sebagai Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas.
“Ekoran penemuan ini, polis telah menahan seorang lelaki warganegara berusia 26 tahun untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media malam ini.
Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Wanita asal Sarawak dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan meninggal dunia
Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam. -TVS.