Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan kajian untuk mengaplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan kawalan sempadan negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Malaysia kaji guna teknologi AI kawal sempadan

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan kajian untuk mengaplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan kawalan sempadan negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, usaha itu dilakukan menerusi Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Sistem Kawalan Sistem Kawalan Sempadan Negara (National Border Control System – NBCS).

Jelas beliau, cadangan pembangunan NBCS merupakan langkah strategik KDN untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan Malaysia melalui penggunaan teknologi terkini selari dengan perkembangan teknologi semasa dunia.

“Pembangunan sistem NBCS yang dicadangkan akan dilengkapi dengan sistem pengawasan terkini dan teknologi AI bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses kawalan pintar, penyebaran maklumat secara pantas dengan masa sebenar dan pengawasan sepanjang masa secara berterusan dalam melindungi sempadan darat dan maritim Malaysia demi keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (Barisan Nasional – Kuala Pilah) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan penggunaan teknologi terutamanya AI dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara bagi mengurangkan risiko berlakunya ancaman jenayah kepada negara.

Sementara itu Shamsul Anuar menjelaskan, penggunaan teknologi di sempadan sangat penting dalam meningkatkan kawalan sempadan memandangkan penugasan menjadi semakin kompleks dan dinamik.

“(Ini) ekoran (wujudnya) ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan, pencerobohan pihak asing ke wilayah negara dan risiko penyeludupan barang-barang kawalan di sempadan.

“Oleh yang demikian, KDN sentiasa meneroka penggunaan teknologi baharu serta inovasi terkini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negara, KDN melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggunakan teknologi terkini termasuk Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) bagi pengawasan keselamatan Zon Maritim Malaysia.

“Bagi pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) pula, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga turut telah menggunakan teknologi kamera litar tertutup iaitu Border Surveillance System di sebahagian kawasan pagar dan tembok sempadan di Padang Besar, Perlis,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan