Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjawab soalan berkaitan kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerajaan tanggung RM1.32 bilion subsidi elektrik pengguna domestik

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kerajaan menanggung subsidi elektrik mencecah RM1.321 bilion untuk pengguna domestik bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan akan terus melaksanakan beberapa insiatif untuk membantu rakyat menikmati kemudahan utiliti berkenaan.

Jelas beliau ini termasuk pengurangan Pas Laluan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) selain beberapa mekanisme yang dikenal pasti.

“(Kerajaan juga mempunyai dua) mekanisme untuk membantu rakyat.

“Pertama (memberi) rebat kepada golongan miskin tegar dan kedua ialah mengikut kepenggunaan rendah, kita memberi pengurangan ICPT,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (Perikatan Nasional -Jerantut) yang bertanyakan kemungkinan kerajaan memperluas program rebat elektrik kepada golongan bertaraf miskin di bawah sistem e-Kasih.

Sementara itu, Akmal Nasrullah memaklumkan, kerajaan sentiasa memastikan kadar surcaj ICPT yang dilepaskan kepada pengguna adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat dan industri.

Pada 2022 jelas beliau, kerajaan telah membelanjakan RM16.52 bilion untuk subsidi elektrik ICPT.

“Pada tahun lepas pula, sebanyak RM7.14 bilion dibelanjakan untuk tujuan membabitkan pengguna domestik dan pengguna bukan domestik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan