KUCHING, 15 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima darjah kebesaran negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-78 Keputeraan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Abang Johari dianugerahkan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang dikurniakan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Darjah P.S.N.B yang diterima Abang Johari itu membawa gelaran Dato Seri Setia.
Istiadat pengurniaan diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.
Istiadat itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.