Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba di Bandar Seri Begawan, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-78 keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah. Foto Astana Negeri Sarawak

TYT hadiri Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-78 Sultan Brunei

ByAkma Salleh

BRUNEI DARUSSALAM, 14 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba di Bandar Seri Begawan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Beliau yang ditemani isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 5 petang dengan menaiki pesawat khas dari Kuching.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Brunei, Pehin Datu Laila-Raja Mejar Jeneral Datuk Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof serta isteri, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Datuk Paduka Seri Awang Mohd. Irwan Hambali dan ahli kenamaan yang lain.

Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah dijadualkan menghadiri majlis istiadat menghadap dan pengurniaan bintang-bintang kebesaran negara Brunei Darussalam di Balai Singgahsana Indera Buana di Istana Nurul Iman pada esok hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan