Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS pada Sabtu. Foto AFP

Suspek penembak Trump terbunuh, kata perkhidmatan rahsia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Suspek penembak yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas, mencederakan bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Butler, Pennsylvania, pada Sabtu telah ditembak mati.

“Suspek ditembak oleh Anggota Perkhidmatan Rahsia AS dan telah meninggal dunia,” kata Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi di X.

Beliau berkata seorang penonton terbunuh, manakala dua lagi cedera parah.

Menurut beliau, penembak itu melepaskan tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar lokasi perhimpunan.

Kejadian itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Guglielmi berkata Perkhidmatan Rahsia AS telah bertindak balas dengan cepat dengan langkah perlindungan dan bekas presiden berada dalam keadaan selamat dan sedang dinilai.

Agensi Anadolu melaporkan Trump kelihatan cedera dan dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan