Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menghadiri Program Jerayawara Project Of Dream Realised (Pro-Dr) Siri Ke-19 Tahun 2024 di Dewan Masyarakat Sri Aman pada Ahad. Foto TVS

Sarawak mahu usahawan tempatan berkecimpung dalam ekonomi digital

SRI AMAN, 14 Julai: Kerajaan Sarawak mahu usahawan tempatan berkecimpung dalam ekonomi digital bukan hanya di peringkat tempatan malah menjangkau hingga ke peringkat global.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, ekonomi digital merupakan sumber ekonomi masa hadapan dengan urusniaga yang dilaksanakan dalam talian terbabit mempunyai rangkaian yang menyeluruh.

Katanya, penggunaan ekonomi digital juga dipercayai mampu merapatkan jurang sosioekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar Sarawak.

“Sebab itulah TEGAS diberi mandat oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membangunkan dan menyokong ekosistem usahawan pemula melalui TEGAS Digital Innovation Hub di Bintulu dan Miri serta TEGAS Digital Village di Kuching.

“Itulah sebabnya kita ada Grab, Panda dan S Global Pay kerana semua urus niaga adalah melalui internet,” katanya di Program Jerayawara Project Of Dream Realised (Pro-Dr) Siri Ke-19 Tahun 2024 di Dewan Masyarakat Sri Aman, pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibaca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang yang mewakilinya di majlis itu.

Beliau berkata, belia masa kini harus menyesuaikan kemahiran serta kerjaya mereka dengan perubahan semasa yang dibawa oleh ekonomi digital.

Katanya, pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan berimpak tinggi seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi menggalakkan mereka mengambil jurusan sains memandangkan bidang tersebut memberikan pilihan lebih luas sama ada dalam bidang akademik dan kerjaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan