Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senarai tiga suspek yang dikehendaki polis. Foto IPD Padawan

Polis buru tiga suspek insiden tembakan di Batu 19

BySafri Ali

KUCHING, 14 Julai: Polis kini giat memburu tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden kes tembakan yang berlaku di belakang sebuah pasaraya Batu 19 Jalan Kuching-Serian di sini, pada 8 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi berkata, ketiga-tiga suspek dikenali Pang Siong Seng,30, Thai Fatt Kul, 42, dan Ricky Nelson Ungking, 34.

“Mereka dikehendaki untuk melengkapkan siasatan bersabit insiden tembakan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tiga suspek boleh terus menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, ASP Sylvarius Gopog di talian 013-8637241.

Dalam kejadian awal pagi itu, tiga lelaki cedera selepas terkena tembakan dipercayai menggunakan senapang patah.

Pihak polis menerima laporan berhubung kes itu jam 1.57 pagi daripada seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun memaklumkan tiga rakannya telah terkena tembakan bertempat di belakang sebuah pasaraya.

Siasatan mendapati mangsa tiga lelaki berusia antara 24 hingga 25 tahun mengalami kecederaan kesan tembakan di bahagian badan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan