Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nelayan warga emas dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan pada Jumaat lalu. Foto JBPM

Nelayan sempat hantar SMS kepada anak sebelum hilang ketika menangkap ikan

BySafri Ali

SIMUNJAN, 14 Julai: Nelayan warga emas sempat menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menerusi aplikasi WhatsApp kepada anaknya sebelum dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di sungai pada Jumaat lalu.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, PPgB Nazari Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 8.05 pagi tadi dengan menggerakkan tiga anggota ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan anak mangsa, bapanya, Ong Kim Huat @ Isa Yusuf, 65, keluar menangkap ikan pada 12 Julai sekitar jam 2.30 petang menggunakan bot miliknya bertempat di tepi sungai Kampung Demak Baru, Fasa 1, Jalan Bako, Kuching.

“Lokasi terakhir mangsa ialah di Muara Sebuyau, Simunjan, berdasarkan SMS daripada aplikasi WhatsApp pada jam 5.02 petang yang dihantar mangsa kepada anaknya pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama agensi sahabat yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang mengatur strategi serta koordinat sebelum memulakan pencarian.

“Agensi lain yang turut berada di lokasi ialah pihak polis, Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Setakat ini mangsa masih belum ditemui,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan