Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai (dua dari kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (dua dari kanan) diiringi Datuk Misnu Taha (kanan) ketika Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1446H/2024M hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Kerajaan Sarawak terap konsep ‘hijrah’, eksplorasi bidang baharu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 14 Julai: Kerajaan Sarawak bertekad menerapkan konsep ‘hijrah’ dalam eksplorasi bidang baharu yang membawa kepada pelbagai dimensi yang menjurus kepada perubahan yang positif termasuk konteks pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia melibatkan teknologi, biodiversiti dan kelestarian yang berpotensi memberi pulangan yang baik kepada Sarawak.

“Terbaharu, kita sedang membangunkan Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak melalui Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak.

“Melalui pelan tindakan komprehensif ini, kita berupaya untuk memanfaatkan potensi besar tenaga hidrogen dan berpotensi menjadikan Sarawak sebagai perintis dalam sektor ekonomi hidrogen di rantau ini,” katanya menerusi teks ucapan yang dibaca Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1446H/2024M di sini, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak turut mempertimbangkan untuk memanfaatkan penggunaan teknologi dalam sektor keterjaminan makanan seperti pengeluaran padi yang merupakan salah satu usaha untuk memajukan sektor pertanian dan membangunkan kawasan luar bandar.

Dalam masa sama, Abang Johari menekankan melalui semangat dan konsep penghijrahan ini, masyarakat perlu melihat ke hadapan dan mempunyai visi dan misi yang jelas agar tidak berada di takuk yang lama.

Dalam majlis itu, Abdul Rahman turut menyempurnakan acara menurunkan bendera sebagai simbolik penangguhan festival.

Hadir sama pada majlis itu ialah  Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, ketua-ketua jabatan dan agensi Islam Sarawak, pengurusan kanan LAKMNS, serta ketua-ketua masyarakat sekitar Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan