Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam tadi. Foto JOHOR Southern Tigers (FB)

JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Johor Darul Ta’zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam tadi.

Kemenangan kelima Harimau Selatan itu dimulakan dengan jaringan Romel Morales yang menanduk masuk sepakan sudut daripada Arif Aiman Hanapi pada minit ke 21.

Morales memberikan gol kedua buat JDT ketika minit kecederaan separuh masa pertama apabila penyerang kebangsaan itu menyudahkan hantaran jauh Francisco Geraldes.

Babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah Sabah merapatkan kedudukan pada minit ke-52 menerusi sepakan penalti diberikan pengadil Razlan Joffri Ali apabila Matthew Davies menjatuhkan Park Taesu dalam kotak penalti, sebelum disudahkan dengan tenang oleh Gabriel Peres.

Menghampiri minit terakhir perlawanan, Rawilson Batuil bertindak menjatuhkan Arif Aiman dan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Razlan memberikan sepakan penalti yang disempurnakan Bergson bagi memberikan gol ketiga buat JDT.

Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas carta Liga Super dengan 15 mata, manakala Sabah di tangga keempat dengan tujuh mata.

Sementara itu, Penang FC meraih kemenangan pertamanya musim ini selepas menewaskan Perak FC 2-0 di Stadium Perak.

Minit ke-45 menyaksikan sepakan percuma yang diambil pemain import Joao Ferreira De Olivera menerjah gawang gol untuk jaringan pertama sebelum menggandakan kedudukan pada penghujung permainan menerusi pemain gantian Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar.

Di Pahang, tuan rumah Sri Pahang FC tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, petang Sabtu.

NSFC memperoleh jaringan pertama pada minit ke-24 menerusi tandukan Barathkumar Ramaloo yang menyambut sepakan percuma Takumi Sasaki, sebelum menggandakan kedudukan apabila Takumi Sasaki meledak jaringan kedua pada minit kecederaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan