Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS pada Sabtu. Foto AFP

FBI kenal pasti suspek penembak Trump sebagai Thomas Matthew Crooks

ByBernama

WASHINGTON, 14 Julai: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, sebagai suspek penembak yang cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, lapor Sputnik.

“FBI telah mengenalpasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania sebagai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump pada 13 Julai, di Butler, Pennsylvania.

“Ini kekal sebagai siasatan yang aktif dan berterusan,” menurut FBI dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu.

Trump berkata peluru yang dilepaskan oleh penyerang menembusi bahagian atas telinga kanannya, tetapi beliau selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan