Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci bagi membendung masalah buli siber secara berkesan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain. Foto hiasan Envato

Undang-undang khusus perlu digubal untuk tangani buli siber – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci bagi membendung masalah buli siber secara berkesan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin berkata polis ketika ini terpaksa menggunakan peruntukan undang-undang yang berbeza dalam menangani kes berkenaan seperti Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

“Apabila membabitkan kes peras ugut dan ugutan, polis akan melakukan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan apabila melibatkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman serta ayat jelik, kes itu disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan pertemuan bersama dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, dua jabatan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut hadir membincangkan serta memperincikan perkara berkenaan.

Semalam, Fahmi berkata dalam usaha menangani masalah buli siber di platform media sosial, Kementerian Komunikasi akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain undang-undang lain yang berkaitan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan juga akan meneliti jika terdapat keperluan bagi mewujudkan atau menggubal akta baharu khusus untuk buli siber. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan