Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan. Foto TVS

SUKMA 2024: Setiap negeri perlu komited sertai temasya sukan – Snowdan

ByKhairil Zharif Affindie

BALI, 13 Julai: Setiap negeri seharusnya komited menyertai temasya sukan dengan semangat kesukanan yang tinggi demi melahirkan atlet yang bermutu, kata Datuk Snowdan Lawan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata komitmen sedemikian bakal menyuntik semangat berpasukan dalam kalangan atlet.

SUKMA: Setiap negeri perlu ada semangat kesukanan – Snowdan | TVS

“Semangat kesukanan perlu ada, Sarawak tidak pernah mengeluh.. mungkin ada sekalipun mengenai acara sukan yang digugurkan.

“Tetapi kalau soal bajet.. memang kos yang agak tinggi untuk membawa kontinjen Sarawak ke semenanjung, tetapi kita tetap berupaya menyertai demi semangat kesukanan,” katanya kepada TVS di program Bawa Keindahan Seni Sarawak ke Mata Dunia: Bali Art Festival 2024, di sini.

Menurut Snowdan lagi, Sarawak selama ini juga terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap kali menyertai acara kebangsaan di Semenanjung Malaysia.

‘Memang kos agak tinggi berapa tahun kita mencari jalan tersendiri untuk menyertai sukan ini di Semenanjung,” ujarnya.

Terdahulu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui, kos untuk menyertai SUKMA ke-21 kali ini agak tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, termasuk harga tiket penerbangan dan pengangkutan peralatan.

Tambah Sanusi lagi, kontinjen Kedah perlu membawa beberapa kontena peralatan ke Sarawak dan percaya negeri-negeri lain juga menghadapi masalah yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan