Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miro Simoh menerima cenderahati daripada Samuel Simon. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Strategi PCDS 2030 hampir dicapai, kini tumpuan tingkat pendapatan isi rumah

ByMuqri Aziz

BAU, 13 Julai: Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dirangka Kerajaan Sarawak untuk menjadikan wilayah ini maju menjelang 2030 telah membuahkan hasil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh optimis dengan menyaksikan wilayah ini telah diiktiraf oleh Bank Dunia buat dua tahun berturut-turut.

Menurutnya Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertindak agresif dalam memperkenalkan berbagai inisiatif dalam memacu Sarawak sebagai sebuah wilayah yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Tumpuan Kerajaan Sarawak menurutnya adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah bagi setiap keluarga di Sarawak.

“Sejak PCDS 2030 telah diperkenalkan, kami jadikan strategi itu sebagai satu kitab suci buat semua pemimpin Sarawak untuk kami semua bekerja, bertindak dalam memastikan Sarawak mampu mencapai sasaran yang digariskan dalam strategi itu menjelang 2030.

“Jadi, penting untuk rakyat Sarawak memahami kenapa Sarawak perlu menjadi wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030 kerana niat kita untuk memastikan bahawa setiap rakyat di wilayah ini akan keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program hari Bersama Komuniti Daerah Bau 2024 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Kampung Kandis Baru di sini malam ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, Pengarah UKAS Samuel Simon dan Ketua Kaum Kampung Kandis Bau Edward Nyiku.

Tambah Miro, Kerajaan Sarawak telah menyediakan berbagai prasarana, bantuan serta dana bagi membantu setiap rakyat dalam meningkatkan pendapatan mereka namun beliau berpandangan tidak dijadikan bantuan itu sebagai ‘nyawa’ mereka untuk kelangsungan hidup.

Sebaliknya, beliau mahu rakyat Sarawak untuk bekerja keras serta bersungguh-sungguh dan menukar pemikiran agar dapat meningkatkan pendapatan mereka.

“Kerajaan Sarawak telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat hasil daripada pelaburan serta perniagaan yang dibuka di sini tetapi jika tidak direbutkan oleh kita, siapa akan mengisi kekosongan itu jikalau bukan warga asing?

“Jadi, kita kena ubah pemikiran kita dan berganding bahu bersama kerajaan dalam membina Sarawak untuk diangkat sebagai wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, peruntukan berjumlah RM1.5 bilion atau RM150 juta bagi setiap kawasan DUN dibawah Agensi Pembangunan Terkoordinasi Greater Kuching (GKCDA) telah diperuntukkan bagi merancakkan pembangunan yang dilihat dapat mendatangkan manfaat kepada rakyat di kawasan DUN berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan