Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini. Foto Adlina Rahman (TVS)

SEDCC bangunkan pangkalan data usahawan Sarawak tahun depan – Awang Tengah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 13 Julai: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak telah mewujudkan sebuah jawatankuasa baharu untuk menyelaras semua program melibatkan pembangunan usahawan di Sarawak selain berfungsi sebagai pangkalan data terhadap golongan usahawan.

Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jawatankuasa tersebut, iaitu Sarawak Entrepreneur Development Coordination Commitee (SEDCC) bakal melibatkan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Menurut beliau ia turut menjadi jalan penyelesaian kepada isu pertindihan pemberian peruntukan atau bantuan dalam kalangan pemain industri terbabit.

“Ada kalanya wujud isu berkaitan pertindihan pemberian peruntukan atau bantuan daripada agensi itu, ini. Oleh itu kita mahu kurangkan pertindihan.

Kita juga mahu selaraskan program bantuan agar ia tidak hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja dan turut melibatkan kawasan jauh agar mereka tidak terpinggir,” jelas beliau.

Sementara itu Awang Tengah turut memberitahu bahawa pengwujudan pangkalan tersebut turut memudahkan pihaknya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan sesebuah perniagaan di sini.

“Kita mempunyai kerjasama daripada semua agensi dan ini adalah penting untuk kita mengetahui (berkenaan) syarikat atau bidang yang terlibat dan apa bantuan perlu diberikan, sama ada dari segi kewangan atau latihan yang boleh memberi manfaat kepada perusahaan mereka.

“(Selain itu), ia juga akan (memberi pencerahan) dalam aspek yang membawa kegagalan (sesebuah perniagaan) untuk memudahkan kita membuat perancangan dan bantu atau mempertingkatkan bantuan sedia ada,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Rodiyah Sapiee, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak ( Pembangunan Usahawan ), Datuk Dr Ripin Lamat, Penasihat (PKS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Naroden Majais serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Zamri Salleh dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B).

Bercakap mengenai SEDCC, Awang Tengah berkata penubuhan jawatankuasa itu kini dalam proses mengemas kini dan dijangka akan wujud pada tahun 2025.

Sejak 2021, Awang Tengah berkata kementeriannya telah meluluskan sebanyak RM176.15 juta bagi 8,097 usahawan melalui program bantuan kewangan.

Manakala bagi program pembangunan kapasiti dan promosi produk pula katanya, lebih 36,000 usahawan telah dibantu untuk memperkasa perniagaan masing-masing.

Setakat Disember 2023, sebanyak 1,190 koperasi telah diwujudkan yang dianggotai lebih 313,000 orang dengan perolehan berjumlah RM368.97 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan