Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran melibatkan satu blok lapan pintu rumah jenis dua tingkat struktur tidak kekal terbakar hampir 80 peratus.

Rumah panjang di Kg Krusen Siu, Serian terbakar

ByRegina Lee

KUCHING, 13 Julai: Seramai 43 penghuni hilang tempat berteduh dalam kebakaran sebuah rumah panjang di Kampung Krusen Siu, Jalan Mongkos, Serian, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.04 tengah hari tadi dan segera mengerahkan 11 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan BBP Siburan.

Katanya, lapan buah pintu rumah terlibat dalam tragedi kebakaran rumah panjang terbabit.

“Kebakaran hampir 80 peratus melibatkan satu blok lapan pintu rumah jenis dua tingkat struktur tidak kekal terbakar.

“BBP Serian dan BBP Siburan bertindak memadamkan kebakaran dengan mengunakan satu aliran 400 kaki dan 3 nozzle air dari pili bomba.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.00 petang,” katanya.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan