Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buah ‘rock melon’ hasil tanaman Rimbunan Kasih Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di Sundar, Lawas dijual di Sarawak Agrofest 2024. Foto Salasiah Safian (TVS)

‘Rock Melon’ Rimbunan Kasih LCDA kebanggaan warga Lawas

BySalasiah Safian

BINTULU, 13 Julai: Buah ‘rock melon’ hasil tanaman Rimbunan Kasih Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di Sundar, Lawas kini menjadi kebanggaan masyarakat di sana, kata Pengurus Kanan Perladangan (LCDA) Ahmad Tarmizi Ismail.

Rasanya manis serta dijual dengan harga yang murah menurut Ahmad Tarmizi telah menjadikan buah berkenaan mencuri perhatian para pengunjung di Sarawak Agrofest 2024.

Uniknya buah berkenaan kata Ahmad Tarmizi lagi, ia ditanam dengan menggunakan teknologi menjadikan ia dapat dituai dalam tempoh 65 hari.

“Saya tidak mahu membanding-bandingkan produk lain tapi kalau kita lihat rock melon… rock melon hasil daripada LCDA ini yang dikeluarkan di Lawas (Rimbunan Kasih) sangat manis dan menjadi satu kebanggaan masyarakat sekitar Lawas yang datang melawat dan saya juga sangat yakin dengan rasa manis rock melon Lawas Sarawak ini.

“Dengan harganya sangat terjangkau oleh masyarakat sekitar adalah jauh lebih rendah daripada melon teknologi tinggi yang harganya tiga empat kali ganda lebih mahal daripada rock melon Lawas dengan harga RM14 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Sarawak Agrofest 2024 di Lapangan Terbang Lama Bintulu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Tarmizi mendedahkan LCDA juga menyediakan latihan kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari teknologi menanam rock melon.

“Memang itu adalah seperti yang kita tahu, pelita itu sendiri adalah pembangunan dan lindungan tanah jadi kita sebagai ‘land custodian and development‘, bagaimana cara kita mahu menggalakkan masyarakat sekitar Sarawak mendapat pendapatan yang lebih.

“Tadi kita membuat agrofarm, menggalakkan masyarakat sekitar untuk lebih mendapat manfaat daripada tanaman tersebut. Latihan sambal bekerja dan kita juga bersedia memberikan latihan,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan