SIBU, 13 Julai: Sebanyak 44 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi motosikal pencegahan SamsengĀ Jalanan di kawasan Sibujaya dan Jalan Lapangan Terbang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada lesen memandu, ubahsuai ekzos, tiada cermin sisi, plat nombor āfancyā, lesen kenderaan motor tamat tempoh, memandu bawah umur dan ubahsuai struktur kenderaan.
āSembilan buah motosikal turut dictaban untuk tujuan dokumentasi. Dalam operasi tersebut sejumlah 29 orang lelaki tempatan telah diperiksa berusia antara 15 hinca 23 tahun,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi yang bermula jam 9.30 malam hingga 4 pagi itu dijalankan sepasukan polis dari IPD Sibu.
āKita menasihatkan orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya.
āIbu bapa juga disaran supaya memantau dan peka dengan aktiviti anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang,ā tegasnya. – TVS