Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 40 pendatang tanpa izin di pangsapuri mewah di Brickfields. Foto hiasan Bernama

Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 40 pendatang tanpa izin di pangsapuri mewah di Brickfields dalam serbuan bermula 12 tengah malam dan berakhir 4 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 25 warga India, Sri Lanka (10), masing-masing dua warga Pakistan dan Myanmar serta seorang warga Bangladesh berusia tiga hingga 61 tahun.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki pas atau permit untuk tinggal di Malaysia, pas tamat tempoh serta tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan setiap unit pangsapuri berkenaan disewa dengan kadar lebih RM2,000 sebulan dan didiami lapan warga asing yang kebanyakannya bekerja dalam bidang pembinaan dan makanan.

Kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan