Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Annuar (tengah) menyampaikan Anugerah Laila Taib kepada Joyce Fong (kanan) sambil disaksikan Eric (kiri) pada Majlis Konvensyen KLT 2024 di Sibu, hari ini. Foto TVS

Graduan diploma disaran lanjutkan pengajian, jangan tercicir – Annuar

SIBU, 13 Julai: Graduan diploma dari Kolej Laila Taib (KLT) disaran agar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Menurutnya dasar Kerajaan Sarawak telah menetapkan tiada yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di wilayah ini.

Graduan Kolej Laila Taib diseru sambung pengajian peringkat lebih tinggi | TVS

“Kita tidak melihat warna kulit dan siapa anda untuk memasuki universiti di Sarawak tetapi usaha anda untuk mencapainya adalah lebih penting daripada itu.

“Dengan kata lain dasar ini buta warna, sama ada anda Cina, Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh atau Orang Ulu, anda akan menerima pendidikan sama seperti yang diterima oleh orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen KLT 2024 di sebuah hotel terkemuka di Sibu pada Sabtu.

Tambahnya Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melaksanakan banyak usaha serta menyediakan pelbagai dana untuk memastikan generasi muda mendapatkan pendidikan.

“Ini adalah satu-satunya wilayah di Malaysia yang mempunyai dasar masa depan yang sangat jelas dalam pendidikan,

“Ia terbukti dengan pendidikan percuma untuk anak Sarawak bermula pada 2026 di semua institusi pengajian tinggi (IPT) dibawah Kerajaan Sarawak.

“Selain itu, lima sekolah antarabangsa di Sarawak dengan dua antaranya telah beroperasi di Kuching juga antara usaha yang dilakukan Kerajaan Sarawak dan kita berharap menjelang 2026 atau 2027 ia boleh mula mengambil kemasukan di Sibu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLT, Eric Wong Kwong Lee berkata KLT sedang meneroka kemungkinan untuk menawarkan program diploma baharu di institusi pengajian tersebut.

Kolej Laila Taib teroka kemungkinan tawar program diploma baharu | TVS

“Antaranya adalah seperti Pengurusan Pembinaan, Teknologi Maklumat, Hospitaliti dan sebagainya bagi memenuhi keperluan industri masa kini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Terdahulu, majlis menyaksikan seramai 80 orang daripada 109 graduan dalam tujuh program diploma telah menerima sijil masing-masing.

Mereka antaranya merupakan seramai 12 pelajar Diploma Seni Bina, Diploma Seni Bina Dalaman (lima orang), Diploma Perakaunan (18 orang), Diploma Pengurusan Perniagaan (27 orang), Diploma Ukur Kuantiti (28 orang), Diploma Kejuruteraan Awam (12 orang) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (tujuh orang).

Manakala, Joyce Fong Yuen Choo dari Diploma Seni Bina Dalaman telah dinobatkan Anugerah Laila Taib. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan