Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semenanjung Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober 2023. Foto AFP

Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak – UNRWA

ByBernama

RAMALLAH, 13 Julai: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran Semenanjung Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma berkata, dalam satu hantaran di X bahawa lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah sejak perang Israel bermula pada Oktober.

Beliau merujuk kepada penutupan sebilangan besar sekolah dan sekolah-sekolah UNRWA menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang hilang tempat tinggal.

“Ini bermakna jika perang ini berterusan, kita akan menghadapi risiko kehilangan seluruh generasi kanak-kanak,” katanya.

Pengarah Komunikasi agensi bantuan itu menggesa gencatan senjata demi kanak-kanak di Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan