Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama sepuluh penerima watikah penghargaan. Foto Astana Negeri Sarawak

TYT kurnia watikah penghargaan kepada 10 anggota Majlis Islam Sarawak

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 12 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengurniakan watikah penghargaan kepada sepuluh anggota Majlis Islam Sarawak (MIS), dalam satu majlis yang diadakan di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Pengurniaan watikah berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada anggota MIS yang bertanggungjawab dalam memberi nasihat berkaitan hal ehwal Islam daripada awal pelantikan mereka hingga tamat lantikan iaitu pada 31 Julai 2024.

Mendahului senarai penerima watikah penghargaan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha diikuti Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi

Turut menerima pengurniaan watikah, Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin, ahli-ahli Anggota Majlis Islam Sarawak; Datu Serudu Hoklai, Datuk Norhyati Ismail, Datuk Helmi Mohd Gol dan mantan Setiausaha MIS, Datu Khalidi Ibrahim.

Usai majlis, Tun Dr Wan Junaidi kemudian meluangkan masa sekitar 30 minit menyantuni ahli-ahli Majlis Islam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan