Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
engerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Sri Aman Development Agency (SADA) Dayang Noorazah Awang Sohor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil 2 Sesi Kedua, di Wisma SADA, di sini, semalam.

Kompleks Sukan Lingga bernilai RM20 juta antara tiga projek mega di Sri Aman

ByAhmad Burhanuddin

SRI AMAN, 12 Julai: Tiga projek mega baharu yang akan dibina bakal menjadi tarikan baharu di bahagian ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Sri Aman Development Agency (SADA) berkata, projek tersebut adalah melibatkan pembinaan Kompleks Sukan Lingga, Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) dan Dewan Simposium Batang Lupar.

Jelas Dayang Noorazah, satu sesi perbincangan mengenai tiga projek itu telah diluluskan.

“(Ia) melibatkan pembinaan Kompleks Sukan Lingga yang bernilai RM20 juta, Kawasan RNR (RM40 juta) dan Dewan Simposium Batang Lupar yang menelan kos RM16juta.

“Semua agensi perlu bekerjasama untuk merealisasikan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan projek-projek ini secara pantas dan cekap,” katanya.

Dayang Noorazah berkata demikian menerusi kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil 2 Sesi Kedua, di Wisma SADA, di sini, semalam.

Turut hadir, Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani dan Pegawai Tadbir Khas SADA, Datu Indit Bangai.

Sementara itu, Mahra Salleh berharap agar projek berkenaan terutamanya projek Kawasan RNR dan Dewan Simposium Batang Lupar akan menjadi salah satu tarikan pengunjung untuk datang ke bahagian tersebut apabila Jambatan Batang Lupar siap kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan