Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada sidang media di Menara KPJ hari ini. Foto Bernama

Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit – Bukit Aman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Sifat mudah simpati dan belas kasihan masyarakat untuk membantu individu dilanda musibah membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh untuk mengutip wang atas alasan derma.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamad Yoosuf menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menderma terutama jika melibatkan individu dan pertubuhan tidak berdaftar.

“Orang ramai perlu memastikan mereka menderma serta memberi sumbangan kewangan hanya kepada pertubuhan yang didaftarkan dan menjalani proses audit.

“Mereka juga perlu tahu bagaimanana wang derma itu digunakan. Akaun bank milik pertubuhan yang mengutip derma ini juga perlu menjalani proses audit bagi memastikan wang derma yang diterima disalurkan kepada pihak sepatutnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa tangkapan melibatkan individu dan pempengaruh media sosial berkaitan penyelewengan wang derma baru-baru ini.

Semalam, pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan pasangan berkenaan disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam sejak 2020 yang dianggarkan mencecah RM3 juta.

Pada 9 Julai lepas, polis menahan seorang lelaki dikediamannya di Wangsa Maju di sini dipercayai terlibat dengan penipuan dalam urusan bayaran guaman dan kutipan dana sejak tahun lepas melibatkan kerugian lebih RM140,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan