Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma direman empat hari bagi membantu siasatan. Foto Bernama

Seleweng kutipan derma: Suami isteri pempengaruh direman empat hari

ByBernama

PUTRAJAYA, 11 Julai: Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma direman empat hari bagi membantu siasatan.

Turut direman empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai ialah dua individu yang dipercayai pengarah sebuah platform kutipan derma yang disyaki terlibat.

Perintah reman terhadap kesemua suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber SPRM, kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Semalam pasangan suami isteri ditahan pada pukul 6.40 petang manakala dua lagi suspek pada tengah malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sebelum ini, pasangan berkenaan didakwa membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun didakwa wang itu tidak disalurkan secara betul.

Terdahulu pasangan tersebut serta dua suspek itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret pukul 9.18 pagi dengan berbaju lokap SPRM warna jingga dan tangan digari ketika dibawa ke mahkamah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan