Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap dalam Majlis Perasmian SJK (C) Chiaw Nan hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Sarawak salur bantuan sama rata semua aliran sekolah – Abang Johari

BySteward Dawi

MIRI, 11 Julai: Kerajaan Sarawak tidak menghadapi sebarang masalah dalam memperuntukkan bantuan kewangan kepada sekolah menengah persendirian Cina di wilayah ini.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, isu terbabit kemungkinan timbul di tempat lain (bukan di Sarawak) berhubung inisiatif kerajaan menyediakan bantuan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan sokongan kerajaan.

“Tempat lain kalau kita mahu memberi bantuan kepada sekolah Cina, India mahupun sekolah agama akan menjadi masalah.

“Di Sarawak, kita tidak mempunyai masalah seperti ini, sebab Kerajaan Sarawak membangunkan semua aliran sekolah yang ada di nengeri ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian SJK (C) Chiaw Nan hari ini.

Beliau memberitahu, sebelum ini Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian telah menemui beliau untuk membinta bantuan bagi sekolah rendah persendirian Cina.

Abang Johari menjelaskan, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta setiap tahun kepada sekolah persendirian Cina di Sarawak.

“Sepanjang saya memegang tampuk kepimpinan negeri, sudah tiga kali saya memberi peruntukan tambahan kepada sekolah Cina,” tambah beliau

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM72 juta bermula tahun 2014 sehingga kini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan