Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Dato Peter Minos merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan selepas sesi sidang media Samarahan Family Fun Run 2024 di Bilik Mesyuarat 1 Perpustakaan Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada Khamis.

Samarahan Family Fun Run 2024 sasar 2,000 peserta

KOTA SAMARAHAN, 11 Jun: Seramai 2,000 peserta dari dalam dan luar Sarawak bakal menyertai larian Samarahan Family Fun Run 2024 pada 10 November depan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Dato Peter Minos berkata, penganjuran acara berkenaan bertujuan untuk mengajak para peserta mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan para peserta.

“Larian ini yang akan dilaksanakan pada 10 November bertepatan jam 6.30 pagi di mana saya yang akan melakukan pelepasan peserta dan kami ingin menganjurkan acara ini untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan sebab anda tahu melalui aktiviti sebegini bersama dengan anak-anak akan menguatkan lagi satu ikatan kekeluargaan.

“Kota Samarahan bandar yang masyarakatnya berbilang kaum kita ada kaum Iban, Bidayuh serta majoriti masyarakat Melayu di sini dan semakin ramai juga orang Cina mula masuk dan kami ingin membuat semua orang lebih terhubung melalui aktiviti ini yang boleh semestinya akan menghubungkan orang ramai untuk lebih dekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Samarahan Family Fun Run 2024 di Bilik Mesyuarat 1 Perpustakaan Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada Khamis.

Tambahnya acara larian berkenaan juga merupakan platform bagi MPKS mempromosikan Bahagian Kota Samarahan kepada masyarakat luar termasuk memperkenalkan kemudahan pengangkutan Aliran Transit Automasi (ART) yang sedang dibina di sini.

Yuran penyertaan bagi larian berkenaan adalah berjumlah RM30 untuk larian sejauh tiga kilometer (km) dan RM40 (lima km)

Larian akan bermula di sekitar pintu masuk Makansari Food Street Aiman Easement Kota Samarahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan